[English] Physical Barriers Installed at Connaught Avenue Entrance to Curb Reckless Motorcyclists and Enhance Pedestrian Safety
Dear Residents,
Following a previous constructive meeting between the 1RA committee and the management of Connaught Avenue, we are pleased to update everyone that physical barriers have been officially installed on 26 May 2026 at the entrance of Connaught Avenue (located between Jalan Mahir and Lorong Mahir 1).
This proactive measure was implemented to prevent reckless motorcyclists from speeding through the entrance when entering and exiting Connaught Avenue and Taman Connaught. Previously, several dangerous accidents occurred at this spot, with reckless motorcyclists crashing into pedestrians as well as nearby vehicles.
The newly installed barriers will significantly improve pedestrian safety, control vehicular speed, and restore peace of mind to our community.
The 1RA committee would like to express our heartfelt gratitude and appreciation to the Connaught Avenue Management for their speedy response, close cooperation, and prompt action in addressing this community safety concern.
[Bahasa Melayu] Penghadang Fizikal Dipasang di Pintu Masuk Connaught Avenue bagi Mengekang Penunggang Motosikal Melulu & Meningkatkan Keselamatan Pejalan Kaki
Penduduk yang dihormati,
Susulan mesyuarat bersama antara jawatankuasa 1RA dan pihak pengurusan Connaught Avenue sebelum ini, kami berbesar hati untuk memaklumkan bahawa penghadang fizikal telah berjaya dipasang pada 26 Mei 2026 di pintu masuk Connaught Avenue (di antara Jalan Mahir dan Lorong Mahir 1).
Langkah proaktif ini diambil bertujuan untuk menghalang penunggang motosikal daripada keluar masuk secara melulu dan memandu laju di antara kawasan Connaught Avenue dan Taman Connaught. Sebelum ini, beberapa kemalangan jalan raya telah berlaku di lokasi ini di mana penunggang motosikal telah merempuh pejalan kaki serta kenderaan yang diletakkan berhampiran.
Pemasangan penghadang ini diharapkan dapat meningkatkan keselamatan pejalan kaki, mengawal kelajuan kenderaan, dan memberikan ketenteraman kepada seluruh penduduk.
Jawatankuasa 1RA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Connaught Avenue atas tindakan pantas, kerjasama erat, dan kesungguhan mereka dalam menyelesaikan isu keselamatan komuniti ini.
[中文] Connaught Avenue入口处正式安装物理隔离防护栏:杜绝摩托车横冲直撞,保障居民与行人安全
亲爱的居民们:
在1RA理事会与Connaught Avenue(康乐大道)管理层进行前期建设性协调会议后,我们很高兴地向大家宣布:位于Connaught Avenue入口处(Jalan Mahir 与 Lorong Mahir 1 之间)的物理隔离防护栏已于 2026年5月26日 正式完成安装!
采取这项安全预防措施,主要是为了制止部分摩托车骑士在进出 Connaught Avenue 与康乐花园(Taman Connaught)时超速及鲁莽驾驶。此前,该路段曾发生多起令人担忧的交通事故,包括鲁莽骑行的摩托车撞击行人以及撞损附近停放的车辆。
新安装的隔离防护栏将有效遏制违规超速行为,大大提升行人过路的安全性,并为社区居民营造更安全、安心的居住环境。
1RA理事会在此衷心感谢 Connaught Avenue 管理层 的积极配合、迅速响应以及果断行动,与我们携手解决社区安全隐患!
Persatuan Penduduk Taman Connaught 1RA
🌐 Website: www.1ra.org.my
📧 Email: general@1ra.org.my
📞 Phone/WhatsApp: 011-5127 9927


